pABILA sI eGO jATUH cINTA
aSSALAMUALAIKUM, yerp! sejujurnya aku seorang yang memiliki ego yang tinggi. Berikut adalah tanda-tandanya.
1) aku degil : walaupun aku tahu aku salah. dan aku benar-benar teringin nak minta maaf atas
khilafku. tapi aku tak boleh. sometime aku cuba. tapi yerp! memang sukar. atleast aku
try. (selalunye x berjaya pown)
2) jilat ludah sendiri : aku pernah tersilap kata, tapi aku tidak ingin mengakuinya. aku pernah berjanji
(aku betul) jadi aku akan cuba capai. aku nak apa yang aku nak. dan aku tak nak orang tahu
yang aku gagal memilikinya.(walau tak de sesiapa kesah. tp aku kesah)
3) tidak percaya: aku tak tahu yang lain, orang lain, yang aku tahu ialah aku. aku terlalu prejudis
untuk mempercayai sesiapa. sebab aku sudah banyak kali dimungkiri. aku mahu
orang memahami dan hadir memujuk dan menenangkan. tapi tu sume tak de.
melainkan sebaliknya.
4) aku kuat : daripada perasaan tidak mempercayai sesiapa. aku cuma ada ego untuk terus berdiri. aku
sendiri kuatkan hati. memujuk hati, membisikkan kata-kata semangat yang aku boleh.
sehingga aku tidak perlu sesiapa. orang-orang yang hadir cuma penambah rencah dan
rasa. (aku tidak boleh mengawal manusia. jd ia adat, bila manusia datang dan pergi)
5) memandang rendah : yerp sejujurnya aku tidak meminta rasa ini hadir. tapi aku benar-benar tak
suka orang merengek depan aku. aku tak suka orang nampak aku lemah
sebab tu aku berfikir yang lemah dan merengek tu palsu. (gedik , ngada-
ngada sengaja menyusakan org.sedangkan diri sendiri tu mampu)
6) suka hati : tak nak dikongkong. aku rasa yang menyayangi tu mengongkong. aku perlu waktuku
sendiri. aku tidak perlukan simpati. aku benci air mata.
bERIKUT adalah rasa-rasa dan tanda betapa egonya aku. dan sejak kebelakangan ini. bila seseorang soal hati aku tentang cinta. ego aku tidak dapat memberi jawapan. egoku sudah pada tahap serius. aku tidak bersedia untuk bercinta. kerana cinta berkait dengan percaya. dan ia seolah-olah membunuh ku.
aku memahami rasa-rasa keseorangan yang dialami oleh si ego. ego itu seperti orang yang sunyi dan terperangkap. ingin berteman. menggunakan ego untuk melindungi dari apa-apa yang bakal terjadi.
itulah ego dan aku. dalam semua watak movie juga aku menyokong yang musuh dan ego.
No comments:
Post a Comment