Labels

Monday 2 June 2014

bIARKAN iA mENJADI cERITA yANG tERGANTUNG

stress!?  dan kecewa, huru-hara and semua rasa-rasa yang serabut dan bercampur baur. Itulah perasaan ku kini. yerp! rasa-rasa ini aku biasa hadapi. tapi peritnya.. (setiap kali kena memang sakit). hrmm but i just must learn how to cool down my self.
yerp! kalau ikotkan hati beraja nafsu, aku dah lama buat apa yang aku suka. aku da lama biarkan bisikan syaitan dalam diri ini menjelma.

heh! but i can't huhu. aku sedih.tapi cuma Allah je yang tahu. Aku kecewa dan cuma Allah je yang faham. yerp! dan alhamdulillah aku punya ego yang selalu menemani aku. selalu pujuk aku andai terjatuh. selalu seka air mataku tatkala ia menitis. menemani aku damaikan hatiku.

aku bencikan air mata, kerana dari kecil aku diajar agar tidak tunjuk lemah. dari kecil secara tak lansung aku diajar yang dunia nie kejam. yang manusia ni datang dan pergi sifatnya. manusia memang tak setia. kecuali baginda nabi Muhammad S.A.W... betapa aku palsu menyintainya.

yerp! tahniah dunia. kalian berjaya memainkan perasaanku sekali lagi. perasaan dan hati ini. hehe. thanks sangat. (aku tahu ini semua suratan takdirMU ya Allah, Alhamdulillah) . tapi maafkan aku ya Allah. aku tetap terniat nak tulis juga. semoga coretan ini mampu melegakan hatiku ya Allah.. ^ ^

yerp! 

sejam yang lalu someone update benda nie dalam status dia. haih~ ye aku mengaku , aku rasa bersalah pada diri aku. aku malu dengan imanku,nafsuku dan egoku. haih~ maaf ye semua. maaf keran aku terlupa dan tewas dengan manusia punya janji manis.

haha. boleh ke aku percaya yang diri aku sedang kecewa? haha.. cam bodoh je..cam bukan aku je.. hihi.. aku lupa yang tak kan ada yang memahami aku. sudi menemaniku. sudi merangkul aku.sudi memujukku. haha.. mmg harapan..tinggal harapan je.. haih la.. kenapa la aku boleh tewas dan kecewa nie?

bukan selama ni aku ingat lumat dalam hatiku dan memori akalku kah?haha. maybe Allah nak bagi aku rasa . akan rasa yang aku dah lama tak rasa nie.. haha. aku kan biasa bersendiri. aku kan ramai orang kata ego, complicated and  susah difahami.

haha sapa je la yang malang tu..yang sudi terima aku seadanya tu.. haha mesti dia bodoh gila kan.. terima aku yang banyak kurangnya nie.. haha. aku nie menguji kesabaran sangat ke? hahaha myb kowt. sakit memang sakit. bile orang yang kita harap memahami tidak memahami.

haha, cepat sangat kan aku tergoda dan ternoda..haha. bodoh betol. kenapa lah aku boleh percaya semua yang dia kata ye? pe je yang membezakan dia dan manusia yang lain...haha.. fifa.. o fifa.. diri sendiri pown ko x mampu backup.. hehe.

'jgn risau dear, lain kali jgn buat lg taw.. ^ ^. hidup je macam biasa. abaikan je rasa-rasa sakit tu,, u cn do it dear' by: ego <3

hahaha. .yerp! love kill me.. but bkn sbb love aku kecewa..haha. aku tak suka bermain dengan cinta. dan aku boleh tahan dengan perit atau ujian cinta. bukan kerana cinta aku 'block' dye. tapi kerana aku dah percaya dia. dia buat aku nak cerita dan jujur.

dia buat aku percaya yang aku boleh harapkan dia. dia buat aku percaya yang dirinya memahami. heh.. aku susah percaya orang. aku bukanlah seorang yang jujur tentang perasaan. aku takut ada komitmen. aku benci orang tunjukkan caring2 depan aku. bukan semata-mata sebab aku jeles. tp lebih pd aku rasa semua tu palsu. btw nice moment. thanks utk semua watak yang hadir dalam hidup..

yerp! selalunya aku pertahankan diri aku sendiri. aku kuat untuk bangun time excident. haha aku senangkan hati aku sendiri.. dari kechil lg..ego aku ade d sisi and support aku. andai aku lumpuh. ego aku berbisik agar aku teruskan hidup dan berjuang.

andai aku dimarah oleh orang-orang yang aku sepatutnya boleh percaya..boleh bersandar , boleh harap. haha. orang yang aku harap tu tak de pown yang biase rawat aku. yang mampu ubati hati. malah menghalang aku meluahkan apa yang aku rasa, tentang apa yang aku mahu. haha.

aku tak mengharap sesiapa pown fahami aku. just jangan pura-pura fahami aku. jangan suruh aku cerita kalau tidak ingin mendengar. dan jangan toucher aku. aku seada-adanya aku sahaja sendiri. memang boleh berdiri kukuh. andai tempang. insya'allah Allah izinkan ego temani aku. kuatkan aku. seka air mata aku.

namun aku juga ada perasaan kasih sayang.. aku faham erti derita. kerana aku dah lama rasa derita itu..dan aku belajar untuk senyum and poker face. so aku dapat detack orang-orang sekeliling aku yang mempunyai rasa-rasa yang sama. aku tak suka melihat air mata orang-orang yang aku syg.

aku suka buat lawak palsu.agar tiada yang tersayang menangis depan aku sbb orang lain. aku benci. dan aku bukan anti lelaki. tapi aku risau dan berjaga-jaga lebih dengan mereka. sebab ramai teman-teman aku mengatakan sudut pandang aku dan kefahaman aku seperti lelaki. haha mmg lawak.

tapi apa yang aq fokus tuw biasanya lelaki pown fokus juga...cenderung lelaki kebanyakkan juga kecenderungan aku..haha..x faham kan? hehe biar lah..memang aku misteri . just hope watak dia x datang lagi. aku de ego.. n ego aku tinggi.

ego aku seperti lelaki. jd aku tak suka orang tocher aku untuk cerita apa y dorg nk dgr. juga x suke bnde y aq suka di tolak mentah2. tp aku masih ada hati yang suke menipu. jd memang aku simpan semuanya kat situ. semua yang aku rasa and terasa...hmm.. da la end kan cter nie kat sini. hope dia pown bahgia dengan ape yang dah berlaku ^ ^






 






Saturday 31 May 2014

aku EGO? dah memang..dah tu?





Assalamualaikum..haha assalamualikum..maaf saje nak citer sal ego..apsal? sebab memang sekarang tengah ego..

sape x de sikap ego? ala semua pown ada.. tapi x nak citer sal orang laen.. citer sal diri sendiri je sudah..

pape hal pown saje nak gitau..sekarang kat dalam library..online n buat pape yang kita suke and y bagusnye sedang mengarang blog ni..kita sedang buat movie maker sal rasa EGO kita nie juga.

*ini bukan diari..

sI eGO jATUH cINTA 1


pABILA sI eGO jATUH cINTA

 aSSALAMUALAIKUM, yerp! sejujurnya aku seorang yang memiliki ego yang tinggi. Berikut adalah tanda-tandanya.

1) aku degil : walaupun aku tahu aku salah. dan aku benar-benar teringin nak minta maaf atas
                       khilafku. tapi aku tak boleh. sometime aku cuba. tapi yerp! memang sukar. atleast aku
                       try. (selalunye x berjaya pown)

2) jilat ludah sendiri : aku pernah tersilap kata, tapi aku tidak ingin mengakuinya. aku pernah berjanji
         (aku betul)        jadi aku akan cuba capai. aku nak apa yang aku nak. dan aku tak nak orang tahu
                                   yang aku gagal memilikinya.(walau tak de sesiapa kesah. tp aku kesah)

3) tidak percaya: aku tak tahu yang lain, orang lain, yang aku tahu ialah aku. aku terlalu prejudis
                             untuk mempercayai sesiapa. sebab aku sudah banyak kali dimungkiri. aku mahu
                             orang memahami dan hadir memujuk dan menenangkan. tapi tu sume tak de.
                             melainkan sebaliknya.

4) aku kuat : daripada perasaan tidak mempercayai sesiapa. aku cuma ada ego untuk terus berdiri. aku
                      sendiri kuatkan hati. memujuk hati, membisikkan kata-kata semangat yang aku boleh.
                       sehingga aku tidak perlu sesiapa. orang-orang yang hadir cuma penambah rencah dan
                      rasa. (aku tidak boleh mengawal manusia. jd ia adat, bila manusia datang dan pergi)

5) memandang rendah : yerp sejujurnya aku tidak meminta rasa ini hadir. tapi aku benar-benar tak
                                       suka orang merengek depan aku. aku tak suka orang nampak aku lemah
                                       sebab tu aku berfikir yang lemah dan merengek tu palsu. (gedik , ngada-
                                       ngada sengaja menyusakan org.sedangkan diri sendiri tu mampu)

6) suka hati : tak nak dikongkong. aku rasa yang menyayangi tu mengongkong. aku perlu waktuku
                      sendiri. aku tidak perlukan simpati. aku benci air mata.



bERIKUT adalah rasa-rasa dan tanda betapa egonya aku. dan sejak kebelakangan ini. bila seseorang soal hati aku tentang cinta. ego aku tidak dapat memberi jawapan. egoku sudah pada tahap serius. aku tidak bersedia untuk bercinta. kerana cinta berkait dengan percaya. dan ia seolah-olah membunuh ku.


aku memahami rasa-rasa keseorangan yang dialami oleh si ego. ego itu seperti orang yang sunyi dan terperangkap. ingin berteman. menggunakan ego untuk melindungi dari apa-apa yang bakal terjadi.
itulah ego dan aku. dalam semua watak movie juga aku menyokong yang musuh dan ego.



Friday 3 January 2014

nak request satu lagu (please)

http://www.youtube.com/watch?v=5s5kxfH7cCU

-Drama-

Lokasi: Restoren Standard ala barat ,suasana romantik, dihiasi lampu-lampu kuning yang malap.

Sekumpulan gadis menikmati hidangan yang dipesan sambil bergurau senda , bertukar cerita.

Seorang jejaka membuat persembahan piano 'The Gummy bear song versi  Synthesia' mencuri perhati semua pelanggan restoren. dan berjaya mengetok hati seorang gadis dari kumpulan tu.

(sangat romantik, 'sudikah kamu menjadi penghibur untukku seorang?')

*mwahaha gadis tu berangan sendirian..hehehe

-end-

ps: moga ada harapan dalam setiap anganan. <3 \(^ ^)/

Thursday 27 June 2013

orisia rose


salam semua..assalamualaikum..hehe.tengok nie

Tara~

subhanallah!! chanteq kan.. kenalkan nama benda ni bunga orisia rose. sebelum pape meh aku cerita dulu. Kebanyakkan fakta pasal bunga ni aku dapat kat web http://www.spaldingbulb.co.uk/roses/tricolor-roses/ ni..

Tiba-tiba je?

ntah..tgh aku skroll2 kebawah mouse ni dlm fb..tetiba aku pn ternampak sekuntum bunga rose ni..serius..corak dye canteq sgt..camni..

hah,gambar rose kat bawah ni la yang aku nampak dalam fb..https://www.facebook.com/Elaila.net ni.. seriusly geram.

Gigih

Dikala ini,a ku gigih mencari latar belakang bunga ni..serius betul2 nak kenal..sape nama bunga cantik ni sebenarnya..dye asal mana..family dye cane..n banyakkkkk lagi..

tapi ape yang aku tau cuma..sikit je info pasal bunga nie..serius geram yang amat.Blog yang aku wat rujukan tu kata nama bunga gergasi cantik ni 'Orisia'. Warna bunga ni nampak indah, kelopak dye warna merah darah dan dalam dye warna putih perak..uit~ gler cantik kot.

Cara tanam

Dalam blog tu cakap 'kalau kita dapat bunga ni..kita kena sama2 jaga ngan baik'.. caranya seperti yang sat lagi aku terangkan. Tapi masalahnya sekarang sape nak bagi kat aku benda ni? hehe serius menanti.

1) Biar semalaman bunga ni dalam baldi berisi air suam.
2) Sesuai kalau d tanam di dalam tanah.. a.k.a halaman umah..bukan dalam pasu.. tak sesuai.
3) hehe yang ni lawak sikit. Bunga ni kena tanam kat dalam tnah yang telah digali lubang yang besar. Tanah     tu mestilah jenis tanah yang berkualiti dan dicampur ngan najis lembu.
4) kalau tak, nanti akar bunga ni akan terkeluar kalau tanah tu tak cukup besar and dalam. so kena la agak2 yang bersesuaian sikit kedalamannya.
5) paling kurang batang dye kena tanam 5cm dalam tanah.. sebab batang bunga ni sensitif.
6) kalau tanah tu kering, kita kena lah simbah banyak2 air kat pokok nie..tapi secara konsisten sikit sikit..sampai habis sebaldi.
7) Dah tu kambus ngan tanah batang bunga tu..bagi mampat.
8) nak cantik bunga ni tanam kat taman yang senang dapat cahya matahari. Supaya kuntuman bunga ini akan kelihatan lebih mekar dan bersinar... 

Perasaan 

Perasaan ku yang agak perasan..haha bagi tip pada diri sendiri dan semua orang dengan harapan boleh nampak la bunga ni kat Malaysia..haha poyo kot sebab dan tenggelam dalam jerebu..so berangan la duk kat negara sejuk..

By the way 

kadang-kadang tak salah berangan,sebab berangan tu penyeri imaginasi, x salah berimaginasi kerna ianya kreatif, kreatif hadir ngan demand, demand datang membawa supply..haha idea business wlaupn x minat..pape pown usaha tu penting..nak usaha kene ikhlas..nk sedap kene minat..t kalau kte dh minat gler..pape cara org tentang pn kte leh defence..GoodLuck..













Friday 21 June 2013

mereka & aq





Berasa sesuatu
hari demi hari yang aku gagahi menyajikan sesuatu yang tidak seberapa persembahannya..
aku menjadi lebih teruk dan teruk dari aku yang dahulu,,iman juga sudah pudar warnanya, telah hilang segala deria dan dayaku juga seperti lansung enggan memberi sebarang reaksi.

Sekuntum demi sekuntum
menghabiskan waktu dengan memerhati,gusar mahu bertindak takut dan terus hilang motivasi.
tiada apa yang mampu dibicara.terasa diri kehilangan quota suara. inginkan sebuah perkahwinan di usia muda. namun diriku sendiri menafikan bahwa diriku bersedia sudah.?

haha
aku?ingin mendirikan rumah tangga?sejaoh mana sahaja amalku ingin mempersuamikan seseorang yang soleh?aku?ingin menegur manusia? sejaoh mana sahaja amalku dan ilmuku dlm mendidik mereka?ingin mengelola usrah serta event?sejaoh mana sahaja aku bersedia?

Benar
menanti waktu itu menjadi nyata seolah fantasi yang tak kunjung tiba..berbekal cerita yang cuma berangka..tapi hakikat aku terus-terusan melayan lenaku bersama dunia..melayan runningman,we got married dan pelbagai fantasi2 lain..sejaoh mana sahaj kesungguhanku utk benar-benar ingin terus hidup?

#berjanjimenjadipejuang.sebelumkemedantesungkurtanpapedang? 

unstable

assalamualaikum,bila kali terakhir aku mengarang? haha.. seriusly aku sedang mamai and hopefully sangat aku dapat mencoretkan sedikit catatan pada blog ku y sudah lama bersawang. kini aku sedang menghadiri sebuah kem motivasi..seperti biasa aku x suka subject saiko..ianya memenatkan otak..saiko = tensen..

saiko menjanjikan tensen. 

kaitan saiko ngan kem yang aku pergi skrg ni ialah kem kepimpinan cam biasa agak berat dimana emosi kena stabil..erm,,seriously aku x suka benda camni..tolong la..